Custom Ads

Trending

Jennie Blackpink Tolak Permintaan Swafoto Peminat Yang Gunakan iPhone

Jennie Blackpink

Umum tahu jenama Apple dan Samsung merupakan jenama telefon pintar popular sejak lebih sedekad ini. Penawaran model serta pelbagai isu melibatkan dua jenama ini sering membuatkan Apple dan Samsung kerap dibandingkan.
Terbaru, Jennie daripada kumpulan Blackpink secara terus menolak permintaan peminat untuk swafoto hanya kerana peminat tersebut menggunakan Apple iPhone. Difahamkan permintaan peminat ini ditolak kerana Jennie merupakan salah seorang daripada duta Samsung di Korea Selatan.


Dalam erti kata lain, beliau tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon pintar yang lain daripada jenama Samsung secara terbuka. Tonton video dibawah untuk melihat kelibat Jennie Blackpink yang menolak permintaan peminat ini.




Untuk pengetahuan anda, perkara seperti ini seringkali dipandang serius oleh jenama telefon pintar kerana secara tidak langsung bakal mencalarkan imej sesebuah jenama.
Sebelum ini, duta Samsung di Rusia telah dipecat dan disaman £1.25 juta (RM6.71 juta) kerana secara tidak sengaja memaparkan telefon pintar miliknya iaitu Apple iPhone X secara terbuka.

Sumber: TheVocket

No comments