Lebih dikenali sebagai Kak KM, pengasas produk jamu itu juga turut meminta agar netizen berhenti mengecam ibunya kerana bimbang ibunya akan jatuh sakit kerana tertekan.
“Cukuplah mengecam mama, kasihan dekat dia. Saya tak kisah tentang diri saya, cuma fikirkan tentang mama yang sudah tua, apabila benda viral maccam ni dia terkejut.
“Saya tak sanggup tengok dia bersedih, saya takut kalau dia jatuh sakit kerana tertekan. Janganlah kecam mama lagi. Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada sesiapa yang terasa, percayalah ia berlaku tanpa niat dan tak sangka viral sampai macam itu,” katanya.
Isnin lalu, Normah Damanhuri tampil memohon maaf diatas insiden tarian bogel di majlis persandingan anaknya. Jelasnya, tarian itu sepatutnya tarian berunsur traditional dan tidak menyangka lelaki menyerupai wanita muncul berpakaian separuh bogel dan membuat tarian lucah.