Custom Ads

Trending

Unik & Lain Dari Yang Lain! Lihat Transformasi Bilik Darjah Yang Dilakukan Guru Kreatif Ini

Infrastruktur ruang setiap bilik darjah di sekolah amat penting untuk memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar terutamanya semasa mereka sedang fokus mendapatkan ilmu dari guru. Sekolah juga merupakan rumah kedua pelajar selepas kediaman keluarga.
Jadi, para guru juga perlu memberi keselesaan kepada pelajar seperti yang telah dilakukan cikgu Nordin Ismail ini. Jom kita tengok apa yang dilakukan cikgu ini sehingga anak muridnya bersemangat nak belajar!

Sebelum berhantu better ambil alih

Posting dan gambar-gambar ini telah dimuatnaik salah seorang cikgu yang mengajar di sekolah rendah, Cikgu Nordin Ismail. Difahamkan bilik darjah ini telah laman dibiarkan kosong dan hanya menjadi bilik simpan barang.
Cikgu ini terus meminta izin dan mengambil alih untuk dijadikan ruang kelas yang lebih selesa buat pelajar-pelajar yang lain.

Bilik darjah sebelum dicantikan

Konsep studio ala-ala hispter

Cikgu Nordin Ismail mengambil masa lebih kurang dua minggu sejak cuti persekolahan Tahun Baru Cina, tempoh hari. Dia menggunakan konsep studio ala-ala hispter untuk kelihatan lebih santai ketika mengajar murid.
Tambahnya, pilihan warna cat pada dinding kelas juga amat penting. Seperti cikgu ini, dia menggunakan kaedah LCD untuk mengajar muridnya, maka, pemilihan warna dinding perlu lebih gelap dan tidak harus terlalu gelap. Warna kelabu adalah yang terbaik mengikut kesesuaian konsep.

Ruang bilik darjah yang sempurna

Sumber: Nordin Ismail

No comments