Custom Ads

Trending

Tentu Ramai Tak Sangka Maksud BAHENOL, Rupanya “MONTOK & MENGGHAIRAHKAN”

Berkhemah…
Berkhemah…
Dengan si nopal
Si nopal
Si nopal
Anaknya bahenol
Bahenol
Bahenol
Siapa pernah nyanyi lagu nie?. Sempoi je liriknya dan ternyata amat mudah untuk dihafal. Jangan malu bossku nak ngaku, hikz!




Filem animasi Si Nopal yang trending di Malaysia



Lagu Si Nopal yang trending di Malaysia ini dipetik dari kisah animasi pendek Indonesia dan telah menjadi siulan sehingga ia diparodikan oleh sebahagian artis Malaysia seperti  Wany Hasrita, Jihan Musa, Kamal Adli dan ramai lagi.
Lagu ini menceritakan kisah Si Nopal dan adiknya, Dede (cute girl) yang ingin pergi berkhemah bersama-sama. Malah penyanyi lagu yang trending ini juga seorang remaja berusia 16 tahun iaitu Nadiah yang merupakan anak kelahiran Bogor, Indonesia. Cute juga orangnya!




Inilah Nadiah penyanyi lagu Si Nopal

Nadiah baru berusia 16 tahun dan boleh di instagramnya @ Si_Nadiah


Di sebalik lagu yang trending dan menjadi siulan ini, REMAJA cuba mencari maksud sebenar BAHENOL yang disebut-sebut.




Inilah keluarga si Nopal. Seramkan tengok maknyakan, mata sebelah jer nampak, yang dede tu lagi seram, tak ada mata. Hahaha. 

Mungkin disebabkan kita kurang memahami bahasa pertuturan Indonesia, dalam carian di Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) menyatakan BAHENOL bermaksud MONTOK & MENGGHAIRAHKAN.




Carian di Kamus Besar Bahasa Indonesia memaparkan bahenol bermaksud montok dan mengghairahkan

Owhh, tak sangka pula maksud bahenol begitu? Bayangkan kalau yang menyanyi itu gadis remaja atau kanak-kanak. Ternyata ia agak kurang sesuai disebut kerana kita diajarkan bahawa montok dan mengghairahkan ini biasanya merujuk kepada perempuan memiliki tubuh yang seksi.

Atau cuba korang tukar liriknya, hahaha
Berkhemah..
Berkhemah…
Dengan si nopal
Si nopal
Si nopal
Anaknya montok dan mengghairahkan (bahenol)
Montok dan mengghairahkan (bahenol)
Montok dan mengghairahkan (bahenol)
Hokay, korang komenlah sendiri la.
Sumber: Remaja

No comments