Custom Ads

Trending

Tembakan Pistol Air Ke Udara Berubah Menjadi Salji di AS


Cuaca sejuk ekstrem yang melanda rantau Midwest Amerika Syarikat sejak beberapa minggu ini telah mengejutkan sebilangan penduduk bandar apabila melihat hasil tembakan dari pistol air telah mengeluarkan salji ketika mereka sedang menguji.

Seorang penduduk, Sarah Alvarado menyatakan keluarganya meluangkan masa bermain pistol air menggunakan air panas tetapi air itu tiba-tiba bertukar menjadi salji apabila ditembak ke ruang udara.

Mereka mulanya memandang remeh ramalan cuaca sejuk yang didakwa mencecah -42.8 darjah Celsius di sesetengah kawasan dan tidak menyangka begitu pantas air panas membeku lalu menjadi salji apabila ditembak ke udara.

Walaubagaimanapun, aktiviti ini telah membuatkan semakin ramai penduduk untuk menguji sendiri apabila video penduduk mencuba menembak air panas ke udara semakin banyak dapat dilihat walaupun cuaca sejuk itu telah menyebabkan hampir semua kemudahan menggunakan seperti tandas dan bekalan air tersumbat.

No comments