Custom Ads

Trending

"Suhaimi Saad direhatkan, beri ruang selesaikan kemelut & kontroversi" - Penganjur konsert '4nomena'



Suhaimi Saad direhatkan daripada menyertai konsert 4nomena.


PENGANJUR konsert amal 4nomena iaitu KGM Event menjelaskan keputusan merehatkan penyanyi nasyid Suhaimi Saad pada konsert yang bakal berlangsung 4 April depan diambil selepas berbincang dan mendapat persetujuan penyanyi tersebut.
Pengarahnya, Mahmud Fahrurrazey berkata, pihaknya memberi ruang kepada penyanyi itu untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dengan penuh berhemah dan integriti.
"Pihak kami ada berhubung dengan beliau baru-baru ini untuk mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi yang melanda selain untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai pembabitan beliau dalam konsert ini.

"Setelah mengambil kira segenap sudut pandangan dan keperluan demi kelangsungan penganjuran konsert amal ini di masa akan datang, kami bersepakat untuk merehatkan Suhaimi Saad daripada konsert kali ini.
"Keputusan ini juga diambil untuk memberi sedikit ruang kepada beliau atas persetujuan bersama dengan kedua belah pihak setelah berbincang dengan teliti," ujarnya kepada mStar Online.


Barisan artis yang bakal menjayakan konsert amal 4nomena pada 20 April depan.

Sebelum ini, Suhaimi menerusi laman sosial Facebook mendedahkan dia digugurkan daripada konsert 4nomena yang bakal berlangsung 20 April depan di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dalam pada itu, tambah Mahmood, pihaknya juga kesal dengan beberapa isu berkaitan kenyataan penyanyi itu yang berbaur provokasi dan menerima reaksi kurang senang pelbagai pihak.
Bagaimanapun, katanya, Suhaimi seorang yang sangat komited dalam menyokong sebarang program berunsurkan dakwah dan memperjuangkan rama nasyid.
Sementara itu, konsert kerjasama KGM Event dengan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggabungkan barisan artis nasyid terhebat yang pernah bernaung di bawah satu bumbung iaitu Hijjaz, In-Team, Mestica dan UNIC.
Ia sebagai tanda penghargaan kepada sokongan tidak berbelah bahagi peminat sejak tertubuhnya Hijjaz Records pada 1997.
Bertemakan ‘Terima Kasih’, ia diangkat sebagai simbolik kepada konsert penyatuan ini.

Sumber: MSTAR

No comments