Custom Ads

Trending

‘Kulit Melekat Pada Baju..’ – Kisah Tragis Kanak-Kanak 5 Tahun Melecur Terkena Sambal Popiah

Menerusi Harian Metro, seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun melecur seluruh badan akibat terkena sambal popia basah yang mendidih. Kejadian tragis itu berlaku di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 7 Februari di rumah ibu saudara mangsa.
Lebih menyedihkan mangsa terpaksa dipindahkan ke ICU selepas tahap kesihatannya semakin merosot pada hari kedua dia dirawat di hospital berkenaan.

Terkena kuah popiah mendidih

Menurut ibu mangsa, Zalida Syuhana Ahmad Tamam, ketika kejadian itu, anaknya, Azalea Hani Abdul Rahim berada di rumah ibu saudaranya untuk meluangkan masa cuti sekolah bersama sepupunya yang lain.
Ketika kejadian, kakak meninggalkan sambal yang sedang masak di dalam periuk di dapur untuk solat Maghrib bersama ibu berusia 67 tahun.
Beberapa minit kemudian, dia memaklumkan terdengar tangisan dan jeritan anak dari bahagian dapur sebelum bergegas meninjau apa yang berlaku. Ketika ditemui, keseluruhan badan Azalea (Hani) dipenuhi sambal berkenaan yang tumpah daripada periuk terbabit
Ketika hari kejadian, dia sedang bekerja sebelum dimaklumkan kakaknya kira-kira jam 8 malam. Tambahan, pada hari itu ada ramai anak saudara di rumah kakaknya yang menjual popia basah memandangkan ketika itu cuti sekolah.

Menjirus air ke badan

Menurut kakaknya itu, dia terus menjirus air ke bahagian badan anak bongsunya itu selepas kuah itu tertumpah. Kemudian dia cuba menanggalkan baju yang dipakai Azalea Hani yang melekat pada kulitnya.
Seluruh badan Azalea dipenuhi dengan cili menyebabkan kakak terpaksa menjirus air ke badannya, malah kakak cuba menanggalkan baju dipakainya, namun ia melekat pada kulit Azalea. Mereka terus membawa Azalea ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Selain Azalea, seorang lagi anak saudara lelaki saya berusia enam tahun turut terkena sambal berkenaan menyebabkan dia melecur di bahagian kaki dan tangan.
Menurut Zalida Syuhana, doktor memaklumkan tahap melecur anak perempuannya itu di semakin kritikal menyebabkan dia dipindah ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama untuk rawatan lanjut.
Pada mulanya, Azalea dirawat di wad kanak-kanak biasa, namun terpaksa dipindahkan ke ICU selepas tahap kesihatannya semakin merosot pada hari kedua dia dirawat di hospital berkenaan.

Menelan kos ribuan ringgit

Lebih menyedihkan apabila dia kini runsing memikirkan cara untuk mengumpul wang bagi kos pembedahan anak bongsunya itu. Doktor memaklumkan Azalea perlu menjalani pembedahan ketujuh, Jumaat ini yang menelan kos kira-kira RM20,000.
Sepanjang tempoh dia di hospital beberapa minggu lalu saja sudah menelan kos ribuan ringgit. Sekarang, kami sekeluarga buntu mencari jalan mendapatkan wang untuk menampung perbelanjaan pembedahan itu.
Doktor memaklumkan akan ada pembedahan susulan dibuat sekiranya pembedahan dilakukan nanti tidak memberikan maklum balas positif terhadap tahap kesihatannya.
Sehingga ke hari ini, dia sudah menjalani enam pembedahan bagi membuang kulit mati selain mengatasi masalah jangkitan kuman dialaminya di seluruh badan.
Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan kepada Zalida boleh menghulurkan sumbangan di akaun bank Maybank miliknya, 112183138233 (Zalida Syuhana Ahmad Tamam).
Sumber : Harian Metro

No comments