Custom Ads

Trending

‘Kalau Awak Antivaccine Sampai Memudaratkan Orang Lain.. Saya Kesah!’ – Dr Halina

Semalam, pendebatan mengenai isu vaksin yang bersiaran secara langsung di TV Alhijrah telah mendapat perhatian netizen. Ramai yang bersetuju dengan hujah yang disampaikan Datuk Dr Musa selaku Pakar Perunding Pediatrik.
Isteri angkawasan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Dr Halina turut memberi respon mengenai topik yang kini hangat diperkatakan.

Kita sebagai ibubapa, fikirkan terbaik untuk anak


Menurutnya, sebagai ibu bapa kita hendaklah memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Salah satu cara adalah dengan memberikan vaksin untuk mengelakkan daripada jangkitan penyakit.
Namun, dengan adanya golongan yang menolak vaksin, anak-anak turut terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya.

Dapat sokongan netizen

Hidup bermasyarakat, jangan pentingkan diri

Mendapat sokongan netizen, ramai yang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan Dr Halina. Tambahan pula, kini terdapat pelbagai penyakit yang melibatkan kematian kanak-kanak disebabkan sikap degil dan pentingkan diri ibu bapa.
Sumber : Instagram Dr Halina Mohd Yunos

No comments