Custom Ads

Trending

Gambar bogel bongkar rahsia isteri

BERANG selepas mengetahui isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerja menyebabkan seorang lelaki bersama ahli keluarganya bertindak memukul kekasih wanita itu yang juga warga Filipina kelmarin.
Perkara itu terbongkar selepas si suami yang berusia 37 tahun ketika berada di rumah di Lunas, Kulim, Ahad lalu, membuka telefon bimbit isterinya berusia 36 tahun sebelum terkejut melihat wanita itu menghantar gambar bogel kepada kekasihnya.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, dia kemudian meminta penjelasan isterinya dan wanita itu mengaku menjalinkan hubungan sulit selepas diugut rakan sekerja yang ingin menyebarkan gambarnya.
Menurutnya, lelaki terbabit bersama tiga lagi lelaki lain mencari warga Filipina itu di rumahnya di Lorong Lembah Impiana, jam 5.30 petang sebelum membawanya ke lokasi tidak pasti.
“Sebaik tiba, isterinya bersama ahli keluarga lain sedang menunggu sebelum disoal mereka mengenai hubungan itu.

“Dia mengaku menjalinkan hubungan sulit menyebabkan mereka terus memukulnya dengan sebatang kayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Nasir berkata, selepas dipukul dia dihantar pulang ke rumah dan tampil membuat laporan di Balai Polis Kulim.
“Susulan itu, kita menahan suami wanita terbabit bersama seorang lagi lelaki berusia 44 tahun jam 1 pagi semalam di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.
“Kekasih wanita terbabit turut ditahan selepas suaminya membuat laporan berhubung ugutan menyebar gambar bogel isterinya,” katanya.

Beliau berkata, bagi kes pukul siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan manakala warga Filipina itu pula disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Sumber: HARIAN METRO

No comments