Custom Ads

Trending

Mulanya 'cuak', tapi akhirnya Lailatul tak sangka peroleh enam Anugerah Dekan dari tujuh semester


PERUMPAMAAN ‘tak kenal maka tak cinta’ agak sesuai buat pemilik nama Nor Lailatul Izzatul Azwani Mohamad, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi (Pembinaan) dengan Kepujian di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ini.
Manakan tidak, awalnya dia tidak pernah terfikir pun bahkan berasa 'cuak' untuk mengikuti jurusan ini lantaran ketika di peringkat diploma dia mengikuti kursus Perancangan Bandar dan Wilayah di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Kedah (2011-2014).

Namun, menurut anak kelahiran Felda Trolak Utara, Sungkai, Perak berusia 26 tahun ini, selepas mula mengikutinya, ada beberapa kandungan kursus yang menarik minatnya.

“Saya mencabar diri dalam kursus pengajian yang baharu ini, walaupun rasa takut kalau tidak boleh ‘membawanya’. Saya kata pada diri, mungkin ada hikmahnya. Kursus pengajian ini juga agak unik dan mencabar kerana menggabungkan pelbagai bidang seperti ilmu sains, kemanusiaan, pengurusan, teknologi dan sebagainya.

Bersama replika Tembok Besar China untuk subjek Bahasa Mandarin.
 “Dari tahun ke tahun, minat tu datang dengan sendirinya kerana beberapa kandungan dalam kursus pengajian ini telah menarik minat saya seperti mereka bentuk struktur bangunan menggunakan software, mengira kekuatan tanggungan beban bagi setiap struktur, mengira anggaran kos binaan, perancangan dan penjadualan projek pembinaan dan sebagainya sehinggakan enam dari tujuh semester, saya peroleh Anugerah Dekan,” kata anak bongsu dari lapan beradik ini lagi.


Wakil UTHM
Tidak hanya fokus kepada pengajian, Lailatul yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Trolak Utara (SKTU), Sungkai, Perak sebelum ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari (SMKKJ), Tanjong Malim, Perak juga aktif dalam program-program seperti kurikulum, kesukarelawanan selain pertandingan dan simposium di peringkat antarabangsa.
Bersama kumpulan dan pensyarah di samping dokumentasi dan model bangunan yang dihasilkan.
“Saya mengikuti beberapa program di bawah anjuran Kelab Kaunseling dan Kerjaya (KKDK), UTHM kerana ia menyediakan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan hidden capabilities sebagai individu yang akan ditunjukkan kepada masyarakat selain pelbagai aktiviti santai disediakan.
“Sedikit sebanyak dapat membebaskan tekanan dari pembelajaran di dalam kelas dan juga dapat kenalan baru dari pelbagai fakulti lain di UTHM mahupun IPT lain,” katanya yang mendapat galakan terutama daripada penyelianya, Dr. Hamidun Mohd Noh untuk menyertai pertandingan dan pameran mewakili UTHM.
Bersama penyelianya, Dr. Hamidun.
 “Saya mencabar diri untuk menyertai pertandingan yang tidak pernah langsung saya sertai sebelum ini. Keluarga juga banyak mendorong. Mereka sering berkata; ‘grab this opportunity. Tak semua orang dapat merasa untuk sertai pertandingan ini’,” jelasnya lagi yang pernah memenangi pingat emas di Innovative Research, Invention and Application Exhibition (I-RIA) 2018, UUM, pingat perak di The 2nd International Malaysia-Indonesia-Thailand Symposium on Innovation and Creativity (iMIT SIC) 2018, Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Pekan Baru, Indonesia, di samping pingat perak/YJACK Technology Industry Award di International Research & Innovation Symposium and Exposition (RISE) 2018, UTHM.

Buku planner
Aktif dalam pelbagai aktiviti membuatkannya harus bijak membahagikan masa.

Bersama kumpulannya memenangi tempat kedua di IBS Challenge at CIDB Convention Center, KL.
“Saya ada buku planner yang saya buat sendiri untuk mencatat segala aktiviti dan tugasan yang saya anggap sangat penting kerana saya dapat lihat semua aktiviti dan kerja-kerja mingguan dengan mudah dan jelas. Planner yang efektif apabila kita betul-betul ikut apa yang telah dicatatkan dengan disiplin tinggi.
Program Khidmat Masyarakat di Kg. Parit Haji Ali.
 “Sekiranya tidak dapat siapkan kerja pada hari yang telah saya catatkan dalam planner, saya akan kurangkan sedikit waktu tidur untuk siapkannya. Tapi, macam mana sibuk sekali pun, saya akan take a nap,” katanya lagi sambil berkongsi tip, perlu pandai pilih kawan terutama apabila melibatkan tugasan berkumpulan.
Di sisi ibu tersayang, Hjh Azizah Hj Alias.
“Ia sangat memberi kesan kepada pemarkahan. Jangan takut untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar, cuba keluar dari zon selesa. Kata-kata yang selalu saya pegang - Jangan pernah mengeluh setiap kesusahan itu, kerana orang lain ada yang lagi susah dari kita. Mungkin ada hikmahnya. There is no elevator to success, you have to take the stairs,” akhirinya berkongsi pendapat.

Sumber: Kampus Uols

No comments