Custom Ads

Trending

[GAMBAR] Makkah `diserang' ribuan cengkerik


MAKKAH: Ribuan cengkerik ‘menyerang’ Masjidil Haram sejak beberapa hari lalu hingga mengganggu jemaah yang mengerjakan umrah dan beribadat di kota suci itu.
Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan serangga berkenaan menghurung kawasan masjid dan badan jemaah yang sedang bersolat.

Menurut media Arab Saudi, keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa Makkah melancarkan operasi pembersihan untuk membunuh serangga berkenaan.
Pihak berkuasa dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya melantik satu pasukan pembersihan khas untuk menangani masalah berkenaan.
“Kami mengambil semua langkah yang ada untuk mempercepatkan proses membasmi serangan itu bagi keselamatan dan keselesaan tetamu Allah,” katanya.
Pihak berkuasa itu turut menyiarkan gambar dan video pekerja menyembur racun serangga di sistem kumbahan serta longkang di sekeliling Masjidil Haram.
Masjidil Haram adalah lokasi utama bagi jutaan umat Islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah umrah dan haji.
Kejadian itu bukanlah sesuatu yang baharu dan Arab Saudi sebelum ini sering berdepan dengan masalah serangan serangga termasuk belalang. - Agensi

No comments