Custom Ads

Trending

Altimet Bangunkan Aplikasi Menambah Baik Bacaan Tajwid - Recite


Altimet yang merupakan seorang penyanyi rap dan komposer muzik tanah air telah melakukan satu pelaburan mengaitkan aplikasi tempatan yang diberi nama Recite.

Altimet yang sebelum ini mengumumkan perasaraannya dalam bidang muzik telah menunjukkan minat terhadap perkembangan teknologi yang sebelum ini telah membuat aplikasi perkhidmatan logistik pintar, Dego.

Bagi aplikasi Recite pula, ia bakal membantu pengguna menambah-baik bacaan Quran. Pengguna boleh memuat-turunnya secara percuma pada platform Android, dan menggunakannya dalam membuat rakaman bacaan Quran, serta memberikan pihak bertangunggjawab seperti ustaz menilai dan memberikan komen untuk menambah-baik bacaan pengguna.

Menurut Altimet lagi, pelaburan ini telah dilakukan sejak daripada bulan Oktober 2018 yang lepas. Buat masa ini, Altimet mengatakan akan lebih memfokuskan kepada Recite kerana potensi aplikasi berkenaan yang sangat besar. Selain di Malaysia, Recite juga turut beroperasi di Indonesia.
Sumber: Amanz

No comments