Custom Ads

Trending

[Tragedi JT610] Penyelam keluarkan kotak hitam


PENYELAM Indonesia berjaya mengeluarkan kotak hitam pesawat Lion Air yang terhempas Isnin lalu, kata seorang penyelam kepada media, hari ini.
“Kami mengorek di celah sisa pesawat serta dasar laut dan mengeluarkan kotak hitam itu,” kata penyelam dikenali sebagai Hendra kepada badan penyiar Metro TV di atas kapal Baruna Jaya.
Katanya, kotak hitam itu berwarna oren dan dalam keadaan sempurna, namun dia tidak menyatakan sama ada barangan itu perakam data penerbangan atau perakam suara kokpit.



No comments