Custom Ads

Trending

#BELANJAWAN2019 Subsidi Petrol Ron95 Sebanyak 30sen/liter dan Terhad Setiap Bulan


Sebentar tadi berlangsungnya Pembentangan Belanjawan 2019 dan ini merupakan belanjawan julung kali di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Perdana Meneri, Tun Dr. Mahathir Mohamadmemberi mandat kepada Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng untuk membentangkan bajet bagi tahun 2019.
Antara pembentangan yang ditekankan YB Lim Guan Eng adalah mengenai subsidi petrol bersasar kepada kenderaan berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

Subsidi minyak



Dalam pembentangan itu, Menteri Kewangan ini mengutarakan bajet mengenai subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter dan ianya adalah terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal.
Manakala, subsidi minyak secara bersasar kepada individu yang memiliki sebuah kereta sahaja yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.


Sumber: BH OnlineMetro

No comments