Custom Ads

Trending

Demi menghalalkan hubungannya bersama gadis yang di cintai, Lelaki ini buat 4 hingga 5 pekerjaan.

Kadang kala, tidak mustahil impian yang dihajati oleh seseorang akan mampu dicapai dengan semangat serta usaha yang bersungguh-sungguh. Itulah yang dirasai oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Amin Fadhil Shaari, 24.

Meskipun masih muda, dia sanggup melakukan 4 hingga 5 jenis pekerjaan serentak semata-mata untuk mengumpul wang bagi membolehkannya membina mahligai bahagia dengan insan yang tersayang dalam tempoh dua tahun lagi. Perkongsiannya di laman Twitter baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian ramai.


Service Repair dan jual smartphone




Jual Air




Tanpa disangka, tweet tersebut telah mendapat lebih daripada 8K retweet dan 21K bilangan likes. Rata-rata ramai warga Twitter yang mendoakan agar impian lelaki tersebut berjaya dicapai.

Secara tidak langsung, pintu rezekinya telah terbuka melalui tweet berkenaan setelah dilihat ramai pengguna Twitter yang cuba untuk menggunakan servis yang disediakan oleh lelaki muda ini.

Sumber: Twitter , Oh My Media

No comments