Custom Ads

Trending

Mesin Rosak Keputusan SPM 2016 ditunda ke 16 Mac

Lembaga Peperiksaan (LP) terpaksa menunda pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 berikutan kerosakan mesin pemprosesan pembaca tanda optik (OMR) dan kekangan kewangan membaik pulih mesin berkenaan.

Berdasarkan surat pekeliling dikeluarkan bertarikh 12 Februari 2017 yang ditanda tangani Pengarah LP, Datin Nawal Salleh, pengumuman analisis keputusan SPM 2016 yang sepatutnya diadakan pada 2 Mac, terpaksa ditunda kepada 16 Mac ini. 


Surat pekeliling yang salinannya turut berikan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Pengarah Peperiksaan dan Pengarah Perancangan Dasar Pendidikan itu menyatakan mesin pemprosesan OMR yang sedang digunakan LP uzur dan rosak sekali gus menuntut untuk diganti.

"Namun LP menghadapi kekangan peruntukan kewangan menggantikan mesin berkenaan dan hanya boleh dibaiki. 

Ini menyebabkan tugas berkaitan pemprosesan data tertangguh untuk kerja membaiki mesin berkenaan, " katanya. 

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan ketika dihubungi berkata, perkara berkenaan perlu disiasat. - BHarian




No comments